24 Disember 2015

Pandangan saya dalam politik

Bahagian ini saya akan cerita tentang pandangan saya dalam bidang politik. Terus-terang, saya dilahirkan dalam keluarga yang agak kuat berkecimpung dalam bidang ini. Saya boleh dikatakan berminat dalam bidang ini tetapi saya tidak berhasrat untuk menjadi ahli kepada mana2 parti politik. Saya lebih selesa di zon kelabu. Ini bermakna saya tidak menyokong Kerajaan secara total dan tidak bermakna saya menolak Pembangkang secara total.

Maksud ayat tadi ialah kedua2 pihak ada kelebihan dia dan ada kekurangan dia. Masing2 ada cara untuk meraih sokongan dalam parti masing2 malah sanggup menggunakan agama dalam agenda mereka. Dalam Islam, saya akui ada politik dalam Islam. Namun, ia tidak bermakna Islam boleh digunakan dalam politik untuk menghalalkan cara mereka2 yang tertentu untuk meraih simpati dari orang awam. Itu taktik kotor namanya. Penggunaan istilah2 seperti Kafir, Haram, Neraka, Syurga, tidak sepatutnya digunakan sebagai alat politik dan bimbang dijadikan bahan2 mewujudkan persengketaan dan perbalahan. Ia seakan2 menjadi "makanan rasmi" orang politik kerana bimbang dianggap lemah dan penakut. Saya bimbang bukan apa, pengaruh Islamophobia masih wujud lagi walaupun ada kata ia dah berkurangan.

Salah satu taktik yang selalu digunakan dlm dunia politik ialah serangan berunsur peribadi. Saya tahu tak semua pemimpin ni lengkap dan terbaik dalam semua perkara. Pemimpin2 ini akan menghadapi cacian dan tohmahan terhadap mereka dan keluarga mereka. Serangan2 ini lebih menjurus kepada aset @ harta dimiliki pemimpin, kehidupan sosial peribadi, isteri atau suami pemimpin, pekerjaan, anak2 dan sebagainya. Bagi saya, ia menampakkan ciri2 peribadi sebenar manusia2 tertentu yang sanggup membuka aib demi kepentingan dalam politik.

Meraih sokongan bangsa2 tertentu juga tak lekang dari politik Malaysia. Sokongan kaum juga memainkan peranan yang penting mengikut kawasan dalam pilihan raya. Pengundi Melayu lebih prefer memilih calon yang boleh membantu mereka secara total dan meningkatkan imej Islam. Pengundi Cina pon tak kurang juga seperti pengundi Melayu. Pengundi kaum India dilihat sangat berhati2 dalam memilih siapa yang akan menjaga mereka dan mereka juga kurang bersuara dalam arus media tempatan kecuali berkaitan dengan hal2 kaum India.

Dalam dunia politik sememangnya gila-gila belaka di mata saya. Pembuat cerita2 tak betul memang banyak, bila dinafikan dia buat tak tahu jer dan siap memikir idea baru untuk cerita2 yang tak betul lagi. Dunia Politik Malaysia Memang Gila. Sekian.

Asal usul nama Kampong Gajah

Asal-usul sebenar nama Kampong Gajah ini tidak dapat dibuktikan secara konklusi. Namun begitu, terdapat beberapa teori yang mungkin boleh menjadi sebab akan kewujudan nama "Kampong Gajah".

Teori pertama, pada zaman dahulu, negeri Perak terkena wabak leprosi (untut) yang menyebabkan beberapa anggota tubuh mengalami bengkak2 besar seakan-akan benjolan besar. Penyakit ini menjangkiti hampir kesemua penduduk kawasan ini pada masa lalu dan mengakibatkan timbulnya kesan tapak kaki seakan-akan tapak kaki gajah di tebing2 sungai dan kawasan berhampiran. Siam (Thailand) pada awalnya ingin menyerang Perak atas dasar negeri mengenakan cukai terhadap pembeli bijih timah dari Siam. Namun demikian, setelah mereka menemukan "tapak kaki gajah" tersebut, mereka memutuskan untuk berundur kerana mereka tidak akan melawan haiwan suci negara mereka. Penduduk Siam sangat menghormati haiwan gajah malah diangkat sebagai "Haiwan Suci" dikalangan mereka.

Teori kedua ialah kewujudan makhluk mitos bernama "Sang Kelembai". Makhluk ini dikatakan menetap di hutan berhampiran Bukit Tunggal dan tidak gemar akan bunyi-bunyian. Jika ia terdengar sebarang bunyi, makhluk itu akan menegur dan benda atau orang yang ditegur tersebut akan menjadi batu. Dalam istilah orang asli, jika ditegur oleh Sang Kelembai, mereka lebih rela pulang begitu sahaja kerana dianggap hasil pulangan mereka nanti menjadi tidak berbaloi.

Teori lagi yang berkaitan ialah dikatakan memang wujud satu kumpulan gajah yang tinggal di Bukit Tunggal (10 minit dari Kampong Gajah) dan selalu turun ke tepi sungai untuk bermandi-manda (kawasan tebing Sungai Perak) sebelum kembali ke Bukit Tunggal. Gajah2 tersebut mungkin dimiliki oleh penduduk asal di Bukit Tunggal dan digunakan dalam kehidupan seharian seperti mengangkat kayu balak, mengambil buah-buahan dari pokok yang tinggi, dan sebagainya.

Teori yang akhir bukannya satu teori tetapi peristiwa penukaran nama Kampong Gajah. Pada 1988, Taman Semarak telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Seri Mahathir Bin Mohamad. Beliau mencadangkan agar nama Kampong Gajah ditukar untuk seiring dengan kemajuan yang ingin dicapai oleh negara. Majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Kampong Gajah kekal hingga kini.

Konklusinya, walau apa pun teori berkaitan asal-usul nama Kampong Gajah, ia tidak memberi tanggapan bahawa Kampong Gajah hanyalah sekadar kampong semata-mata. Ia turut menerima kemajuan dalam bidang siber dan teknologi dari dunia luar. Sekian.

19 Disember 2015

Kampong Gajah, tempat tinggal ku...

Kampong Gajah terletak di dalam Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Sesetengah orang boleh jadi keliru dengan Alor Gajah, Batu Gajah dan Kampong Gajah. Alor Gajah terletak di Melaka dan Batu Gajah serta Kampong Gajah terletak di Perak. Pasir Salak juga terletak berhampiran dengan Kampong Gajah.

Kampong Gajah sangat terkenal dengan buah Durian. Setiap kali musim durian menjelma, beberapa buah gerai akan didirikan untuk menjual buah durian tersebut kepada orang ramai mahupun kepada pemborong luar.

Jarak antara Kampong Gajah ke lokasi2 tumpuan adalah seperti berikut :

Kampong Gajah ke Ipoh = 70 Kilometer
Kampong Gajah ke Teluk Intan = 28 Kilometer
Kampong Gajah ke Seri Iskandar = 30 Kilometer
Kampong Gajah ke Manjung = 65 Kilometer

Kampong Gajah boleh dikatakan sebagai 'ceruk' dek kerana jarak antara Kampong Gajah dengan lokasi2 tumpuan orang ramai. Namun begitu, Kampong Gajah tetap menerima arus pemodenan yang seimbang sesuai dengan komuniti masyarakat. Secara umum, Kampong Gajah mempunyai perkhidmatan yang asas dan lengkap seperti kemudahan pos, bank, klinik, gerai makan, kedai-kedai runcit, pondok bas, stesen minyak, sekolah, padang awam, pejabat kerajaan, kilang vendor dan sebagainya.

Kampong Gajah majoriti dihuni oleh penduduk Kaum Melayu. Kaum Cina pernah menduduki Kampong Gajah pada satu ketika dahulu, namun melarikan diri sewaktu Perang Sabil di Sungai Manik yang menyebabkan mereka berhijrah ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap, Kampar dan sebagainya.

Kampong Gajah sangat sinonim dengan Tan Sri Diraja Ramli Bin Ngah Talib. Beliau merupakan Menteri Besar Perak yang ke-7 dan berasal dari Pasir Salak. Beliau dianggap sebagai Bapa Pembangunan Negeri Perak atas jasa2 beliau memajukan Negeri Perak.

Bagaimana kampong ini mendapat namanya?? haa...itu akan dijawab dalam posting yang akan datang...sekian, terimas...

Introduction in Blogging World

First of all, my name is Faiz Hakim Mohamed Zain and my nickname is Hakim Zain and I'm from Malaysia. I'm currently studying at a Polytechnic in Malaysia. Sometimes, i can consider myself to be a loner kind of a guy. I would often stay out of trouble at all times in order to avoid myself get in harms way. I'm studying in Marketing but i do prefer to learn in all disciplines of knowledge available which means that i'm not consider myself to be the best at everything. Everyday I learn. Learn from mistakes (basically experience) and learn from others. I hate to admit defeat and if i lose, i would never acknowledge it and move on.

This blog is basically what do i feel everyday. I do often talking to myself. Basically to enhance my confidence level talking in front of a mass audience. I love to hear story and i would love to share it to anybody which i feel necessary. My story is basically about myself, my hometown, my country, what do i learn and many more. Posting about religion and politics it could be a possibility that i would post about it later in this blog.

And for the last part, i would make myself comfortable sharing my stories to world. Thank you.