24 Disember 2015

Asal usul nama Kampong Gajah

Asal-usul sebenar nama Kampong Gajah ini tidak dapat dibuktikan secara konklusi. Namun begitu, terdapat beberapa teori yang mungkin boleh menjadi sebab akan kewujudan nama "Kampong Gajah".

Teori pertama, pada zaman dahulu, negeri Perak terkena wabak leprosi (untut) yang menyebabkan beberapa anggota tubuh mengalami bengkak2 besar seakan-akan benjolan besar. Penyakit ini menjangkiti hampir kesemua penduduk kawasan ini pada masa lalu dan mengakibatkan timbulnya kesan tapak kaki seakan-akan tapak kaki gajah di tebing2 sungai dan kawasan berhampiran. Siam (Thailand) pada awalnya ingin menyerang Perak atas dasar negeri mengenakan cukai terhadap pembeli bijih timah dari Siam. Namun demikian, setelah mereka menemukan "tapak kaki gajah" tersebut, mereka memutuskan untuk berundur kerana mereka tidak akan melawan haiwan suci negara mereka. Penduduk Siam sangat menghormati haiwan gajah malah diangkat sebagai "Haiwan Suci" dikalangan mereka.

Teori kedua ialah kewujudan makhluk mitos bernama "Sang Kelembai". Makhluk ini dikatakan menetap di hutan berhampiran Bukit Tunggal dan tidak gemar akan bunyi-bunyian. Jika ia terdengar sebarang bunyi, makhluk itu akan menegur dan benda atau orang yang ditegur tersebut akan menjadi batu. Dalam istilah orang asli, jika ditegur oleh Sang Kelembai, mereka lebih rela pulang begitu sahaja kerana dianggap hasil pulangan mereka nanti menjadi tidak berbaloi.

Teori lagi yang berkaitan ialah dikatakan memang wujud satu kumpulan gajah yang tinggal di Bukit Tunggal (10 minit dari Kampong Gajah) dan selalu turun ke tepi sungai untuk bermandi-manda (kawasan tebing Sungai Perak) sebelum kembali ke Bukit Tunggal. Gajah2 tersebut mungkin dimiliki oleh penduduk asal di Bukit Tunggal dan digunakan dalam kehidupan seharian seperti mengangkat kayu balak, mengambil buah-buahan dari pokok yang tinggi, dan sebagainya.

Teori yang akhir bukannya satu teori tetapi peristiwa penukaran nama Kampong Gajah. Pada 1988, Taman Semarak telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Seri Mahathir Bin Mohamad. Beliau mencadangkan agar nama Kampong Gajah ditukar untuk seiring dengan kemajuan yang ingin dicapai oleh negara. Majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Kampong Gajah kekal hingga kini.

Konklusinya, walau apa pun teori berkaitan asal-usul nama Kampong Gajah, ia tidak memberi tanggapan bahawa Kampong Gajah hanyalah sekadar kampong semata-mata. Ia turut menerima kemajuan dalam bidang siber dan teknologi dari dunia luar. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan