19 Disember 2015

Kampong Gajah, tempat tinggal ku...

Kampong Gajah terletak di dalam Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Sesetengah orang boleh jadi keliru dengan Alor Gajah, Batu Gajah dan Kampong Gajah. Alor Gajah terletak di Melaka dan Batu Gajah serta Kampong Gajah terletak di Perak. Pasir Salak juga terletak berhampiran dengan Kampong Gajah.

Kampong Gajah sangat terkenal dengan buah Durian. Setiap kali musim durian menjelma, beberapa buah gerai akan didirikan untuk menjual buah durian tersebut kepada orang ramai mahupun kepada pemborong luar.

Jarak antara Kampong Gajah ke lokasi2 tumpuan adalah seperti berikut :

Kampong Gajah ke Ipoh = 70 Kilometer
Kampong Gajah ke Teluk Intan = 28 Kilometer
Kampong Gajah ke Seri Iskandar = 30 Kilometer
Kampong Gajah ke Manjung = 65 Kilometer

Kampong Gajah boleh dikatakan sebagai 'ceruk' dek kerana jarak antara Kampong Gajah dengan lokasi2 tumpuan orang ramai. Namun begitu, Kampong Gajah tetap menerima arus pemodenan yang seimbang sesuai dengan komuniti masyarakat. Secara umum, Kampong Gajah mempunyai perkhidmatan yang asas dan lengkap seperti kemudahan pos, bank, klinik, gerai makan, kedai-kedai runcit, pondok bas, stesen minyak, sekolah, padang awam, pejabat kerajaan, kilang vendor dan sebagainya.

Kampong Gajah majoriti dihuni oleh penduduk Kaum Melayu. Kaum Cina pernah menduduki Kampong Gajah pada satu ketika dahulu, namun melarikan diri sewaktu Perang Sabil di Sungai Manik yang menyebabkan mereka berhijrah ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap, Kampar dan sebagainya.

Kampong Gajah sangat sinonim dengan Tan Sri Diraja Ramli Bin Ngah Talib. Beliau merupakan Menteri Besar Perak yang ke-7 dan berasal dari Pasir Salak. Beliau dianggap sebagai Bapa Pembangunan Negeri Perak atas jasa2 beliau memajukan Negeri Perak.

Bagaimana kampong ini mendapat namanya?? haa...itu akan dijawab dalam posting yang akan datang...sekian, terimas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan